arena

Sukan Sea dah nak panas... [METROTV]

Oleh Saiful Affendy Sapran di Clark

LAGU Negaraku berkumandang pada upacara menaikkan bendera negara yang bertanding pada Sukan Sea ke-30 Filipina 2019 di Perkampungan Atlet, Kompleks Sukan New Clark City, hari ini.

Ketua kontinjen negara di Clark, Datuk Seri Megat Zulkarnain Omardin turut hadir pada majlis membabitkan 11 negara yang bertanding itu.

Majlis bermula dengan acara menaikkan bendera negara anggota mengikut abjad bermula dengan Brunei diikuti Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Singapura, Thailand, Timor Leste, Vietnam dan diakhiri dengan bendera tuan rumah, Filipina.

Perkampungan Atlet di Kompleks Sukan New Clark City kini bersedia menerima kedatangan seramai 1,800 atlet dari negara bertanding.

Temasya dwitahunan itu, yang bermula dengan beberapa acara termasuk bola sepak Isnin lalu, akan dibuka secara rasmi di Manila malam esok.

  • Lagi berita berkaitan Sukan SEA Filipina 2019
  • Disiarkan pada: November 29, 2019 @ 11:32am
    d