arena

Tchetche mai dah...

Oleh Izzali Ismail

KIPRE Tchetche menjadi penyerang import pertama tiba di Alor Setar bagi melengkapkan persiapan skuad Lang Merah untuk menghadapi saingan Liga Malaysia musim 2020.

Ketibaanya pada jam 10 pagi tadi di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAB) Alor Setar diumumkan oleh Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) melalui laman rasmi rasmi skuad itu.

Ketibaan penyerang handalan itu disambut oleh pegawai, pengurusan KFA serta puluhan penyokong setia Kedah dengan penuh ceria dan bersemangat.

Pemain berusia 32 tahun kelahiran Ivory Coast itu akan menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum disahkan sepenuhnya bersama skuad Lang Merah kendalian Aidil Sharin Sahak untuk aksi musim depan.

Menurut penyokong tegar Kedah Faiz Fadzil dari Jitra, beliau merancang untuk hadir menyambut kedatangan Tchetche sebaik mendapat tahu pihak KFA mengumumkan hari kehadirannya ke Kedah hari ini.

"Saya hadir untuk menghadiahkan mafla Kedah sebagai cenderahati dan tanda ucapan 'selamat datang' ke negeri Jelapang padi ini.

"Keceriaan dan kemesraan dipamer Kipre menambahkan semangat penyokong yang mengharapkannya suka berada di negeri itu.

"Dia antara peledak utama Kpah Sherman yang dimaklumkan akan tiba esok,”.

KFA turut memaklumkan skuad Lang Merah akan memulakan latihan pra-musim 2020 bermula Isnin ini.

Disiarkan pada: November 29, 2019 @ 4:21pm
d