arena

Chong punca United kalah

Oleh Agensi

PEMAIN muda Manchester United Tahith Chong dipersalahkan kerana gagal menyudahkan peluang di depan pintu gol ketika menentang pasukan kerdil, Astana pada aksi Liga Europa di Nur Sultan, Kazakhstan, awal pagi tadi.

Situasi itu bertambah buruk selepas skuad tuan rumah berjaya menyamakan kedudukan selepas skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer mendahului lawan menerusi jaringan Jesse Lingard pada m-10.

Pemain Belanda itu yang mendapat bola lorongan Luke Shaw di depan pintu gol pada m-53 gagal menyudahkannya dengan menyepak bola tinggi melepasi palang gol.

Malah, kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu turut menghadiahkan gol kepada lawan selepas Di'Shon Bernard menjaringkan gol sendiri mengakibatkan United gagal bangkit menyamakan kedudukan.

Solskjaer menurunkan beberapa pemain akademi berpotensi kelab itu selepas United melepasi saingan peringkat kumpulan.

Pengguna media sosial pula menyifatkan mereka tidak kagum dengan tindakan Tahith dengan ramai mengkritik pemain sayap terbabit.

Disiarkan pada: November 29, 2019 @ 4:44pm
d