arena

Mo Farah mahu pertahan gelaran Olimpik

Oleh Agensi

JUARA Olimpik empat kali, Mo Farah akan mempertahankan kejuaraan acara larian 10,000 meter (m) di Olimpik Tokyo 2020.

Atlet Britain, Farah, 36, berhenti daripada mengambil bahagian dalam acara trek pada 2017 untuk memberi tumpuan kepada maraton.

Tapi memenangi pingat emas dalam acara 5,000m dan 10,000m di temasya Olimpik pada 2012 dan 2016, dia mengambil keputusan untuk kembali di mana dia mempunyai pencapaian terbaik.

“Tahun depan, saya akan kembali dalam acara trek dan saya akan memberikan tumpuan pada 10,000m.” katanya menerusi media sosialnya.

“Diharapkan saya tidak kehilangan kelajuan saya tetapi saya akan berlatih bersungguh-sungguh untuk itu dan lihat apa yang dapat saya lakukan. Saya sangat teruja.”

Farah yang juga juara dunia enam kali dan sudah berlari maraton di kejohanan utama, memberi amaran awal tahun ini bahawa dia akan membuat pertukaran kerana dia merindukan suasana yang ada pada sekitar perlumbaan di dalam acara trek.

Dia menamatkan perlumbaan Chicago Maraton pada Oktober lalu di tempat ke lapan, memenanginya pada pada 2018 dalam penyertaan perlumbaan ketiganya.

Farah yang masih perlu untuk layak ke Tokyo menambah : “Ia menjadi pertandingan yang cukup sengit dalam maraton sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

“Untuk memenangi acara Chicago Maraton adalah bagus dan untuk penamat di tempat ketiga di London Maraton adalah OK, dan ia tempoh pembelajaran yang baik buat saya.

Disiarkan pada: November 30, 2019 @ 1:03pm
d