arena

Real 'berpeluh' jinakkan Alaves

Oleh AFP

SERGIO Ramos menjaringkan gol dan menjadi punca penalti lawan ketika Real Madrid berjaya mengatasi Alaves malam ini untuk berada di puncak La Liga sebelum aksi di antara Barcelona dan Atletico Madrid.

Barca dan Atletico akan bertemu di Wanda Metropolitano dan Madrid lakukan apa yang termampu untuk meraih kelebihan dan Dani Carvajal memastikan kemenangan 2-1 ke atas Alaves.

“Kami sedar di laman ini pasukan memberikan segala-galanya untuk menentang Madrid,” kata Marcelo.

“Dalam perlawanan seperti inilah liga ini dimenangi.”

“Kami berjuang hingga ke akhirnya,” kata jurulatih Real, Zinedine Zidane.

Ramos menanduk masuk jaringan seawal separuh masa kedua hanya untuk menjadi punca penalti yang tidak diperlukan kerana melayangkan lengannya ke arah Joselu yang disempurnakan Lucas Perez sebelum Carvajal meledak jaringan kemenangan.

Madrid kini tiga mata mendahului Barcelona dan enam mata di atas Atletico yang beraksi lebih satu permainan berbanding dua pasukan terbabit.

Sevilla di tangga ketiga menanti kunjungan Leganes malam esok. Alaves kekal di tangga ke-13.

Disiarkan pada: December 1, 2019 @ 12:47am
d