arena

Leverkusen kejutkan Bayern

Oleh Reuters

PEMAIN antarabangsa Jamaica, Leon Bailey meledak dua gol untuk membantu Bayer Leverkusen mencatat kemenangan mengejutkan 2-1 ke atas Bayern Munich awal pagi ini sekali gus kekal pertama juara Jerman di bawah kendalian jurulatih sementara Hansi Flick.

Bayern yang memenangi empat perlawanan sebelum ini dalam semua kejohanan di bawah kendalian Flick, terlepas banyak peluang menjaringkan gol serta percubaan terkena palang gol tiga kali menerusi gandingan penjaring terbanyak mereka Robert Lewandowski, Serge Gnabry dan Ivan Perisic

Ia buat pertama kali pasukan itu di bawah kendalian Flick tidak menjaringkan sebarang gol dengan antara rekod jaringan 16-0 gol dalam empat perlawanan lalu.

“Saya tidak menjadi gila selepas empat kemenangan pertama dan ia tidak akan berlaku sekarang sekalipun,” kata Flick kepada broadcaster Sky.

“Pada separuh masa pertama kami tidak memberi tumpuan dua kali dan kami tahu lawan lebih kuat jika memperoleh ruang. Mereka berjaya memanfaatkannya. Saya tidak boleh menyalahkan pemain saya selagi mereka akan berusaha dan memberi komitmen tinggi. Kami cuma mempersia-siakan peluang kami.

Leverkusen beraksi 10 pemain selepas Jonathan Tah dilayangkan kad merah selepas menjatuhkan Philippe Coutinho pada minit ke-82 namun berjaya mengawal tekanan untuk memastikan kemenangan penuh makna.

Bayern yang memenangi enam perlawanan di gelanggang sendiri berdepan Leverkusen tercicir di kedudukan keempat liga dengan 24 mata, tiga mata dibelakang RB Leipzig yang menang 3-2 menentang Paderborn. Leverkusen melangkau ke tempat ke tujuh dengan 22 mata.

Keputusan Liga Bundesliga Jerman :

Hoffenheim 1 (A. Kramaric 6) Fortuna Dusseldorf 1 (R. Hennings 87)

Hertha BSC 1 (V. Darida 34) Borussia Dortmund 2 (J. Sancho 15, T. Hazard 17)

Köln 1 (J. Cordoba 86) Augsburg 1 (F. Niederlechner 43)

Paderborn 2 (S. Mamba 62, K. Gjasula 73) RB Leipzig 3 (P. Schick 3, M. Sabitzer 4, T. Werner 26)

Bayern Munich 1 (T. Muller 34) Bayer Leverkusen 2 (L. Bailey 10, 35) - AFP

Disiarkan pada: December 1, 2019 @ 7:47am
d