arena

Hamilton pastikan penamat bergaya 2019

Oleh Reuters

JUARA dunia enam kali Lewis Hamilton menamatkan musim Formula Satu kali ini dengan penuh bergaya hari ini dengan kemenangan mutlak dari petak pertama buat Mercedes dalam perlumbaan Grand Prix Abu Dhabi yang juga perlumbaannya yang ke-250.

Pelumba Red Bull dari Belanda Max Verstappen menduduki tangga kedua untuk mengesahkan tangga ketiga kejuaraan, dengan pelumba Ferrari Charles Leclerc di tempat ketiga namun kedudukannya mungkin dibatalkan susulan masalah bahan api.

Valteri Bottas di tangga keempat buat Mercedes.

Kemenangan ke-84 Hamilton, kelima di Abu Dhabi dan ke-11 sepanjang musim ini bermakna pelumba Britain menyamakan rekod peribadi di Formula Satu dengan 33 penamat berturut-turut dalam pungutan mata.

Dia juga mencatat masa sepusingan terpantas.

Mercedes sudah pun menjuarai kategori pengeluar untuk musim keenam berturut-turut.

Disiarkan pada: December 1, 2019 @ 11:18pm
d