arena

Hamilton jumpa boss Ferrari

Oleh Reuters

JUARA dunia enam kali, Lewis Hamilton tidak menafikan dia mengadakan pertemuan dengan pengerusi Ferrari, John Elkann apabila di tanya semalam mengenai spekulasi mengaitkan pemandu Mercedes menyertai pasukan Itali itu pada 2021.

Pelumba berusia 34 tahun dari Britain akan tamat kontrak pada penghujung musim depan.

Rundingan seterusnya kemungkinan perlumbaan Formula Satu terakhir Hamilton dan dia pernah berkata sedang mempertimbangkan pilihan di luar daripada Mercedes, di mana masa depan prinsipal pasukan Toto Wolff turut berada dalam dilema.

“Apa yang berlaku di luar adalah sememangnya sulit dengan sesiapa sahaja kamu berjumpa dan muktamad.” kata Hamilton selepas di minta mengulas mengenai laporan media Itali apabila dia berjumpa Elkann sebanyak dua kali.

“Sudah bertahun, tahun saya langsung tidak pernah duduk dan mempertimbangkan pilihan lain kerana kami hanya memberi tumpuan kepada sasaran perlumbaan yang kami lalui,” tambah Hamilton selepas menamatkan perlumbaan penghujung musim di Grand Prix Abu Dhabi dengan kemenangan bergaya.

“Saya tahu Toto juga sedang melihat beberapa pilihan untuk masa depannya. Jadi saya tunggu untuk melihat apa yang akan dilakukan dengan itu.”

Hamilton menyertai Mercedes pada 2013 sebagai antara juara dunia sekali, menggantikan pemegangan kejuaraan dunia tujuh kali Michael Schumacher, dan dengan pasukan yang berpangkalan di Britain masih bergelut dengan pencapaian.

Dia kini mempunyai enam kejuaraan dan 84 kemenangan, tujuh membayangi catatan rekod Schumacher dengan 91 dan mempunyai purata 10 kemenangan setahun sejak 2014.

Hamilton berpeluang menyamai rekod pelumba Jerman itu musim depan.

Disiarkan pada: December 2, 2019 @ 12:31pm
d