arena

Penyokong United desak Solskjaer dipecat

Oleh Agensi

PENYOKONG Manchester United mahu Ole Gunnar Solskjaer dipecat berikutan keputusan seri di tempat sendiri menentang Aston Villa.

Penyokong kelab itu seperti hilang sabar selepas pasukan Solskjaer bergelut ketika mencatat keputusan seri 2-2 di Old Trafford berdepan skuad yang memiliki rekod paling buruk dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).

Keadaan itu berbeza kerana secara tradisi, penyokong kelab itu sentiasa berdiri di belakang pengurus mereka ketika berdepan keadaan sukar.

Mengutip satu mata menentang Villa menyebabkan mereka berada di tangga kesembilan EPL menyebabkan ada antara mereka sudah tidak tahan lagi.

Akaun Twitter United dihujani mesej daripada penyokong yang sudah bosan dan masanya sudah tiba untuk menyingkirkan pemain legenda United itu.

Ramai beranggapan hanya satu orang saja mampu mengubah kelab itu iaitu bekas pengurus Tottenham Mauricio Pochettino.

United yang membuat ciapan selepas perlawanan itu berakhir kemudian mendapat reaksi ribuan mesej kemarahan yang mahu Solskjaer dipecat untuk menamatkan keadaan tidak menentu dihadapi oleh kelab itu.

Disiarkan pada: December 2, 2019 @ 5:37pm
d