arena

'Macam jumpa doktor gigi...'

Oleh Agensi

PEMAIN Manchester City berdepan ketakutan seperti mengunjungi ‘doktor gigi’ apabila cuba mendapatkan tiga mata penting di Burnley, awal pagi esok.

Itu adalah satu pendekatan digunakan oleh pengurusan Pep Guardiola sambil menyifatkan pengalaman Turf Moor sebagaimana tiga kemenangan penting sebelum penghujung musim lalu ketika mereka dalam laluan mencabar gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL).

Dengan bantuan teknologi bola pada 28 April lalu di atas garisan menyelamatkan City selepas Sergio Aguero menjaringkan gol tunggal yang melintasi garisan dengan hanya 2.91 sentimeter.

Keseluruhan perlawanan selama 90 minit itu jelas kurang disenangi oleh Pep dan kakitangannya ketika berdepan skuad Sean Dyche hinggakan jurulatih kecergasan Lorenzo Buenaventura berkata: “Bermain di Burnley seperti pergi ke doktor gigi.”

Guardiola berkata ia seperti satu kelegaan selepas gigi dicabut kerana perlu mengekang hantaran jauh pasukan lawan.

Guardiola berkata: “Saya benar-benar rasa kecewa pada penghujung perlawanan. Saya rasa seperti bermain sendirian sepanjang 90 minit perlawanan”.

Disiarkan pada: December 3, 2019 @ 3:05pm
d