arena

Ocon serasi di Renault

Oleh Reuters

ESTEBAN Ocon memulakan kerja sebagai pemandu Formula Satu (F1) Renault pada ujian pra musim di Abu Dhabi hari ini, selepas setahun menjadi pelumba simpanan buat juara F1 Mercedes.

Ocon berkata adalah bagus untuk tampil kembali dalam perlumbaan.

Pelumba Perancis berusia 23 tahun tercicir aksi perlumbaan utama pada penghujung 2018 tapi kembali menggantikan tempat yang ditinggalkan pelumba Jerman, Nico Hulkenberg bagi 2020.

Dia memberitahu kepada surat khabar Le Figaro Perancis dia mungkin kembali minggu lepas sebagai pelumba gantian apabila pelumba baharu Williams dari Britain, George Russell dilaporkan mengalami masalah kesihatan pada perlumbaan penghujung musim Grand Prix Abu Dhabi, namun perkara itu tidak berlaku.

“Saya tidak dapat masuk ke dalam kenderaan itu. Ia jelas sangat mustahil.” kata pelumba yang mempunyai ketinggian 1.86 meter itu selepas melaporkan diri di Yas Marina.

Jika pemenang kejuaraan Mercedes melakukan bertukar, dengan juara dunia enam kali, Lewis Hamilton dan rakan sepasukannya Valtteri Bottas kedua-duanya lebih rendah berbanding Ocon, warga Perancis itu mempunyai ketinggian hampir dengan Hulkenberg 1.84m.

“Tumpuan saya adalah untuk kembali semula kepada kelajuan,” kata Ocon.

“Cuba mendapatkan kedudukan terbaik buat kenderaan juga dan kemudian kami harus bekerja lebih kuat atau juga untuk mendapatkan sentuhan pertama bagi kenderaan dan tayar baru.

“Kedudukan saya bertambah selesa dalam kereta (Renault) posisi kedudukan, kerana lebih banyak ruang.”

Pasukan membuat ujian antara spesifikasi tayar Pirelli gabungan 2019 dan 2020.

Bottas yang terpantas buat Mercedes dan melengkapkan 138 pusingan - melebihi dua pusingan perlumbaan penuh - pada hari terakhir ketika berlumba tahun ini, dengan Russell mengambil alih pada hari terakhir.

Sebastian Vettel berlumba untuk Ferrari, dan menduduki tempat kedua dalam catatan masa, dengan Max Verstappen melakukan ujian buat Red Bull.

Disiarkan pada: December 4, 2019 @ 11:47am
d