arena

Sinar Harian juara bola pantai media

PASUKAN Bola Sepak Pantai NSTP gagal memanfaatkan kelebihan mendahului dua gol apabila lawan mereka Sinar Harian berjaya mengikat kedudukan seri 2-2 untuk mengheret perlawanan final menerusi penentuan penalti.

Sinar Harian muncul juara selepas mengatasi NSTP 3-1 menerusi penalti pada Kejohanan Bola Sepak Pantai Terbuka Universiti Teknologi Mara (UiTM) bagi kategori media yang julung kali diadakan itu.

Pada aksi yang berlangsung di gelanggang bola sepak pantai UiTM Shah Alam berkenaan, NSTP mengatasi RTM, 2-1 manakala Sinar Harian mengetepikan wakil TV3 pada aksi separuh akhir.

Hadiah disampaikan oleh jurulatih skuad bola sepak pantai kebangsaan, Mohd Faizal Md Sood serta Pengarah Pusat Sukan UiTM, Mustaza Ahmad.

Disiarkan pada: December 5, 2019 @ 5:52pm
d