arena

Chelsea sudah boleh beli pemain

Oleh Agensi

CHELSEA sudah boleh menandatangani pemain pada jendela perpindahan Januari selepas pengharaman pembelian dikenakan oleh Fifa dikurangkan berikutan rayuan dibuat kepada Mahkamah Timbang Tara untuk Sukan (CAS).

The Blues dikenakan tindakan pengharaman dua jendela perpindahan oleh Fifa pada Februari lalu kerana melanggar peraturan menandatangani pemain muda.

Cas mengurangkan pengharaman kepada satu jendela perpindahan yang sudah dilalui pada musim panas dan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu turut didenda 300,000 Swiss francs (RM1.7 juta).

Disiarkan pada: December 6, 2019 @ 7:39pm
d