arena

Hamilton, Rossi bertukar jentera perlumbaan

Oleh Reuters

JUARA Dunia enam kali Formula Satu, Lewis Hamilton dan jaguh MotoGP Valentino Rossi sedang membuat persediaan untuk melakukan pertukaran perlumbaan di Spain pada Isnin dengan pelumba Britain begitu teruja menantikan acara itu.

Hamilton yang menerima trofi juara F1 pada malam gala FIA di Paris semalam akan menuju ke litar Ricardo Tormo, Valencia bagi acara tertutup tahunan anjuran penajaan Monster.

“Saya fikir saya dan @LewisHamilton akan berseronok tidak lama lagi,” menurut Rossi dalam kenyataan di Instagram dengan memaparkan gambar dia duduk dalam kereta F1 Mercedes.

Warga Itali berusia 40 tahun, merupakan juara dunia sembilan kali dengan tujuh daripadanya hadir perlumbaan kelas teratas MotoGP, dia dijangka akan memandu Mercedes 2017 sementara Hamilton akan menunggang motosikal Yamaha milik Rossi.

Rossi pernah memandu jentera Formula Satu sebelum ini, beberapa kali bersama Ferrari sekitar 2004 dan 2010 apabila terdapat spekulasi dia mungkin mengikut jejak pelumba Britain mendiang John Surtees dan Mike Hailwood dan menukar daripada perlumbaan dua roda kepada empat roda.

Juara dunia empat kali 500cc, Surtees kekal lelaki tunggal yang menang kejuaraan Formula Satu (pada 1964) begitu juga pencapaian tertinggi dalam motosikal.

Hamilton turut dikaitkan dengan meminati motosikal, menunggang beberapa litar Eropah dan menguji superbike Yamaha namun tidak jentera MotoGP.

“Saya sangat teruja mengenainya,” menurut pelumba berusia 34 tahun itu dalam satu temu bual bersama media bulan lalu.

“Hanya berada dalam litar sama pada waktu sama ketika Valentino akan menjadi, sangat luar biasa dan satu kebanggaan kerana dia merupakan ikon dalam sukan ini dan mempunyai pencapaian hebat. Pastinya hebat dapat juga melihat dia berada dalam kereta saya.”

Disiarkan pada: December 7, 2019 @ 10:38pm
d