arena

Haiqal, Jonathan ke final 100 meter

Oleh Saiful Affendy Sapran

PELARI pecut negara, Muhammad Haiqal Hanafi mara ke pentas final acara 100 meter selepas mencatat masa kedua terpantas pada peringkat saringan pagi ini di Stadium Olahraga New Clark City.

Haiqal mencatat masa 10.39 saat (s) hanya ketinggalan 0.04s di belakang Ruttanapon Sowan dari Thailand yang mencatat masa terpantas.

Seorang lagi wakil negara, Jonathan Nyepa turut layak ke final selepas mencatat masa kelima terpantas dengan catatan 10.65s. Acara riben biru itu berlangsung jam 6.40 petang ini.

  • Lagi berita berkaitan Sukan SEA Filipina 2019
  • Disiarkan pada: December 8, 2019 @ 10:54am
    d