arena

Karisma Els azimat skuad Antarabangsa

Oleh Reuters

PEMAIN Jepun, Shigeki Maruyama percaya juara pelbagai kejohanan utama, Ernie Els mampu mencetus inspirasi kepada kejayaan pasukan Antarabangsa ke atas Amerika Syarikat pada Piala Presiden minggu depan sama seperti dilakukan Peter Thomson pada 1998.

Maruyama mencatat rekod 5-0-0 ketika muncul sebagai rookie di Royal Melbourne 21 tahun lalu apabila Antarabangsa meraih kemenangan tunggal mereka dalam 12 edisi.

"Saya fikir dia mempunyai karisma mengetuai pemain lain. Tahun ini sepatutnya mempunyai peluang lebih baik,” kata Maruyama.

"Terdapat ramai pemain bagus dari Australia dan pemain Asia perlu berusaha setanding dengan mereka. Saya sangat gembira dengan komposisi pemain Asia kali ini.”

Selepas didominasi pemain Australia, pasukan Antarabangsa tahun ini lebih kosmopolitan dengan gandingan pemain Korea Selatan, An Byeong-hun dan Im Sung-jae, pemain China, Li Haotong, pemain Jepun, Hideki Matsuyama dan CT Pan dari Taiwan menggalas cabaran Asia.

Maruyama satu daripada dua pemain Asia dalam skuad 1998 dan diberi gelaran ‘penyerang senyum’ susulan mimik mukanya ketika menewaskan AS di Royal Melbourne.

Pasukan Antarabangsa mengandungi tujuh pemain yang kali pertama beraksi dan berusaha mencontohi taktik Maruyama minggu depan apabila menentang AS yang diketuai Tiger Woods dan beberapa bintang golf yang lain.

Disiarkan pada: December 8, 2019 @ 1:08pm
d