arena

Penyokong City bekas tentera ditahan

Oleh Agensi

SEORANG penyokong Manchester City yang mencetuskan ejekan perkauman sewaktu pertembungan derby Manchester ditahan polis, hari ini.

Peminat terbabit dikenali sebagai Anthony Burke, 40 berasal dari Manchester dilihat melakukan provokasi perkauman dan mengejek bunyi monyet terhadap pemain tengah United, Fred.

Burke adalah bekas tentera bertugas di Ireland Utara bersama Regimen Cheshire menurut profil Facebook miliknya.

Dia kini bertugas sebagai pengurus kejuruteraan awam, ditahan pagi tadi menurut bekas teman wanitanya.

Amy dari Wythenshawe, Manchester berkata: “Dia kini bersama polis. Dia ditahan”.

“Dia tidak tinggal bersama saya. Ia teruk, saya menerima ancaman bunuh termasuk anak-anak saya.

“Saya melihat rakaman berulang kali. Saya tidak dapat mengatakan sama ada dia melakukannya atau tidak?

“Saya tidak bercakap dengannya.”

“Ia benar-benar mengejutkan apabila anda menjadi popular disebabkan melakukan perkara yang tidak betul.”

Perlawanan itu dimenangi United 2-1 di Stadium Etihad.

Disiarkan pada: December 8, 2019 @ 8:10pm
d