arena

Bibir bintang UFC 'rabak' [VIDEO]

Oleh Agensi

PERTARUNGAN UFC terpaksa dihentikan apabila bibir Alistair Overeem ‘rabak’ selepas ditumbuk di bahagian muka oleh pencabarnya, Jairzinho Rozenstruik.

Overeem yang hanya beberapa saat lagi untuk bergelar pemenang perlawanan itu di Washington DC kerana memiliki markah lebih tinggi tiba-tiba menerima tumbukan padu tangan kanan mengenai di bahagian kiri mukanya oleh Rozenstruik yang masih belum tewas dalam mana-mana perlawanan.

Rakaman video jelas menunjukkan bibir Overeem terpisah dengan pipinya dalam keadaan ngeri berlumuran darah.

Atlet berusia 38 tahun itu yang berupaya bangkit selepas terkena tumbukan itu tetapi semuanya sia-sia.

Pengadil pertarungan Dan Miragliotta membuat keputusan menghentikan perlawanan pada minit keempat 56 saat pada pertarungan pusingan kelima.

Biarpun Overeem mendahului 4-0 tetapi perlawanan tetap dihentikan.

Disiarkan pada: December 9, 2019 @ 4:37pm
d