arena

Ahmad Syamim pilih Melaka

Oleh Mohd Rafi Mamat

BEKAS pemain tengah kebangsaan Ahmad Syamim Yahya mengesahkan mewakili pasukan Melaka United (MU) pada saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Pemain kelahiran Raub, Pahang itu memutuskan untuk bersama skuad MU selepas kontraknya dengan pasukan Terengganu FC tidak disambung.

Menurutnya, dia akan berusaha memberi persembahan terbaik untuk skuad Hang Tuah musim depan dalam usaha memburu kejayaan diharapkan.

"Membariskan ramai pemain terbaik dan dibimbing jurulatih berpengalaman Zainal Abidin Hassan tidak mustahil MU akan menyerlah musim depan seterusnya berpeluang meraih kejayaan.

"Saya berharap percaturan pihak pengurusan dan jurulatih berakhir dengan keputusan membanggakan untuk skuad MU," katanya di Kuantan, hari ini.

Ahmad Syamim menambah, cabaran Liga M musim depan pasti sengit apabila semua pasukan membuat persediaan rapi bagi memastikan impian menjulang kejayaan diharapkan.

Disiarkan pada: December 9, 2019 @ 4:48pm
d