arena

Mat Yo tidak lagi bersama Tok Gajah

Oleh Asrol Awang

TIADA lagi kelibat penyerang Harimau Malaya, Norshahrul Idlan Talaha bersama skuad Pahang bagi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Ini kerana skuad Tok Gajah tidak melanjutkan kontrak Norshahrul atau Mat Yo selepas penyerang itu menyertai Pahang selama dua musim sejak 2018.

Turut tidak ditawarkan kontrak lanjutan ialah Zubir Azmi, R Kogileswaran, A Salomon Raj, Afif Amiruddin, Remezey Che Ros dan Wafieyuddin Shamsudin.

Menurut sumber, skuad Tok Gajah ingin melakukan perubahan dalam membentuk kembali skuad yang lebih padu selepas gagal meraih piala musim ini.

"Pahang kini dalam proses pembentukan pasukan termasuk berusaha menyenaraikan pemain baru untuk memberi saingan kepada lawan.

"Segalanya akan diumumkan dalam tempoh terdekat termasuk pemain import selepas tiga daripada lima import tidak lagi bersama Pahang musim depan," katanya.

Setakat ini, tiga import disahkan tidak lagi bersama Pahang ialah Safuwan Baharudin dari Singapura, Saddil Ramdani (Indonesia) dan Lazarus Kaimbi (Namibia).

Namun, difahamkan status dua lagi import iaitu Dickson Nwakaeme dan Herold Goulon masih menjadi tanda tanya.

Disiarkan pada: December 10, 2019 @ 3:26pm
d