arena

Fati penjaring termuda, hampakan Inter

Oleh AFP

SENSASI remaja Ansu Fati menjadi pemain termuda menjaringkan gol dalam Liga Juara-Juara ketika barisan pasukan kedua Barcelona menewaskan Inter Milan 2-1 untuk menyingkirkan wakil Itali daripada kejohanan itu pagi ini.

Penyerang berusia 17 tahun kelahiran Bissau, Guinea menyambut hantaran Luis Suarez untuk mengejutkan tuan rumah dengan berbaki empat minit permainan ketika menjadi pemain termuda menjaringkan gol dalam Liga Juara-Juara.

Barcelona yang sudahpun mara ke peringkat kalah mati sebagai juara Kumpulan F dan tanpa khidmat pemenang Ballon d'Or sebanyak enam kali, Lionel Messi.

Tapi pendahulu Serie A Itali, Inter perlu menang ke atas pendahulu La Liga Sepanyol atau sekurang-kurangnya menyamai keputusan Borussia Dortmund di gelanggang sendiri berdepan Prague untuk layak menerusi rekod pertembungan mereka.

Begitupun wakil Jerman berjaya mara ke pusingan kalah mati dengan kemenangan 2-1 untuk menamatkan saingan tiga mata di depan pasukan di tempat ketiga, Inter.

“Menyaksikan rakaman jaringan Fati amat mengecewakan,” kata jurulatih Inter Antonio Conte.

“Ia adalah jaringan yang berpunca daripada kesilapan kami dan menghancurkan kami dari semua sudut.

“Kami sering berdepan masalah sama dan kurang dari segi ketepatan untuk menamatkan perlawanan. Saya mempunyai sedikit pendekatan kepada pemain, mereka sudah diberikan semuanya.”

Disiarkan pada: December 11, 2019 @ 8:59am
d