arena

Depay penyelamat Lyon

Oleh Reuters

LYON bangkit daripada ketinggalan 0-2 untuk mara dalam kelompok 16 terakhir Liga Juara-Juara, terima kasih kepada jaringan lewat Memphis Depay yang memastikan kedudukan 2-2 di gelanggang sendiri berdepan pemenang Kumpulan G, Leipzig, pagi ini.

Penyerang Belanda, Depay menemui jaringan lapan minit sebelum tamat perlawanan selepas jaringan menarik Hassem Aouar pada separuh masa kedua merapatkan kedudukan dengan Lyon membenarkan dua penalti pada separuh masa pertama dalam aksi serba tidak menjadi di Stadium Groupama.

Leipzig berada di kedudukan teratas kumpulan dengan 11 mata manakala Lyon di tempat kedua dengan lapan mata.

Benfica akan beraksi di peringkat kalah mati Liga Europa selepas penamat yang mengatasi Zenit terima kasih kepada rekod pertembungan susulan kemenangan 3-0 di gelanggang sendiri berdepan wakil Russia itu.

Disiarkan pada: December 11, 2019 @ 9:53am
d