arena

Foster ketua jurulatih All Blacks

Oleh AFP

PERSATUAN Ragbi Kebangsaan New Zealand melantik Ian Foster sebagai ketua jurulatih baharu All Blacks sekali gus menaikkan pangkat pengendali berusia 54 tahun yang bertugas sebagai pembantu di bawah jurulatih terdahulu yang cukup dikenali, Steve Hansen selepas lapan tahun.

Foster, yang menjadi calon pilihan Hansen, adalah calon pilihan untuk mengambil alih dan membina semula All Blacks selepas aksi mengecewakan tersingkir di peringkat separuh akhir Piala Dunia tahun lalu.

Dia mengatasi pesaing utama Scott Robinson bagi tugas itu, di sebalik menjadi mentor tiga kejuaraan berturut-turut Super Ragbi dengan pengurusan Ragbi New Zealand menyatakan Foster memberikan ‘tenaga segar’.

“Dia membawa tugas pengalaman antarabangsa taraf dunia, mempunyai pasukan jurulatih yang kuat dan kami fikir dia akan melakukan tugas dengan cemerlang,” kata pengerusi Brent Impey dalam satu kenyataan.

Foster yang diberikan dua tahun kontrak berkata dia berasa rendah diri untuk mengambil alih salah satu peranan yang paling diingini dalam ragbi dunia.

“Saya berasa sangat istimewa dan satu penghormatan besar diberikan peluang seperti ini serta tidak sabar untuk memimpin pasukan kepada langkah seterusnya mengenai warisan yang luar biasa.” katanya.

Disiarkan pada: December 11, 2019 @ 12:29pm
d