arena

Atletico Madrid sah tempat ke pusingan kalah mati

Oleh AFP

ATLETICO Madrid mengesahkan tempat dalam kelompok 16 pasukan terakhir Liga Juara-Juara selepas mencatat kemenangan 2-0 ke atas Lokomotiv Moscow, ketika Atalanta mempamerkan kebangkitan menakjubkan dalam Kumpulan C untuk layak.

Bayern Munich memastikan kemenangan berturut-turut ke atas Tottenham, 3-1 di Allianz Arena, sementara Real Madrid, Paris Saint-Germain dan Juventus turut menamatkan kempen peringkat kumpulan dengan kemenangan.

Atletico yang dibimbing Diego Simeone yang mengetahui kekalahan serta jika Bayer Leverkusen mencatat kemenangan ke atas Juve, mampu menyingkirkan mereka dari saingan itu.

Kieran Tripper gagal menyempurnakan penalti pada minit kedua selepas penjaga gol Lokomotiv, Anton Kochenkov bertindak cemerlang menyelamatkan gawangnya di Wanda Metropolitano, tapi Joao Felix tidak melakukan kesilapan ketika menyempurnakan penalti selepas 15 minit perlawanan berlangsung.

Atletico mengsia-siakan deretan peluang dan jaringan Alvaro Morata tidak disahkan VAR selepas didapati ofsaid.

Namun tempat mereka dalam pusingan kalah mati disahkan apabila pemain pertahanan tengah Felipe melakukan rembatan volley berpunca daripada hantaran Koke dari sudut penjuru padang.

Cristiano Ronaldo menjaringkan gol keduanya dalam Liga Juara-Juara musim ini bersama Juve, yang sudah mengesahkan tempat, menewaskan Leverkusen 2-0 di Jerman dalam satu lagi perlawanan Kumpulan D.

Pemain gantian Paulo Dybala menjadi perancang kepada gol pembukaan pada minit ke-75, membuat hantaran rendah kepada Ronaldo untuk menyepak masuk sekali gus melebarkan rekod 128 gol dalam pertandingan, sebelum jaringan Gonzalo Higuain pada minit kecederaan.

Disiarkan pada: December 12, 2019 @ 7:34am
d