arena

Bisa Rashford taruhan United

Oleh AFP

MARCUS Rashford sentiasa mempunyai pakej lengkap untuk menjadi peledak bertaraf dunia.

Kini dia menambah sentuhan penyudah berbisa menerusi kelajuan dan penuh muslihat di kawasan kotak penalti.

Pemain berusia 22 tahun itu sudah menjaringkan 13 gol buat United pada musim ini - menyamai kehadiran semula terbaik buat kelab itu dalam kempen sulung dan menjadi pilihan utama menerajui barisan serangan pasukan.

Hanya seminggu sebelum itu Rashford bergelut untuk menghasilkan jaringan dalam pasukan bimbingan Ole Gunnar Solskjaer yang berdepan masalah prestasi, meledak gawang gol hanya sekali antara hari pembukaan musim dan perlawanan berdepan Liverpool pada 20 Oktober.

Solskjaer bercakap dengan perasaan gembira mengenai Rashford selepas dua jaringannya ketika mengatasi Tottenham, 2-1.

“Pemain ini hanya 22 dan dia beraksi seperti dia berada di belakang, halaman atau padang permainan dengan rakan sepasukannya,” kata bos United warga Norway itu, yang membandingkan sumbangan pemain itu dengan bekas pemain United, Cristiano Ronaldo yang turut memerlukan masa untuk menjadi penyerang prolifik.

“Kadang kala, mungkin, ada harapan dan tekanan kepadanya kerana kami sememangnya mahu lebih daripadanya, ketika apa yang dipamerkan (apa yang boleh dilakukan) sangat banyak kali.”

Rashford berkata dia mencabar dirinya untuk menerima kritikan dan sentiasa cuba memperbaiki kelemahan untuk meningkatkan mutu permainannya.

“Saya mahu menjadi pemain yang serba boleh beraksi di pelbagai posisi.” katanya. “Pemain nombor sembilan sememangnya menjadi impian tetapi pada saya dalam hari begini dan usia sekarang, adalah lebih sesuai apabila anda lebih berkesan di nombor sembilan, di bahagian kiri dan kanan.”

Disiarkan pada: December 14, 2019 @ 12:30pm
d