arena

Badminton satukan Riong BC dan SMBC Sentul

KELAB Badminton Riong (Riong BC) mengadakan perlawanan badminton persahabatan menentang Kelab Badminton Sentul Murni (SMBC Sentul) di gelanggang badminton Balai Berita Bangsar, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Perlawanan diadakan sebagai salah satu usaha menggalakkan aktiviti sukan selain mengeratkan hubungan silaturahim antara kedua-dua pihak.

Riong BC yang dibarisi kakitangan kumpulan New Straits Times Press (NSTP) daripada pelbagai jabatan mencatat kemenangan 6-1 pada aksi membabitkan tujuh beregu lelaki itu.

Riong BC dan SMBC Sentul pernah menyertai beberapa kejohanan badminton yang dianjurkan di sekitar Lembah Klang selain aktif menjalankan perlawanan badminton persahabatan.

Disiarkan pada: December 15, 2019 @ 2:14pm
d