arena

Liverpool jumpa Atletico, Real bertemu City

Oleh AFP

LIVERPOOL kembali memburu kejayaan di pentas Liga Juara-Juara selepas diundi berdepan Atletico Madrid dalam kelompok 16 terakhir kejohanan itu hari ini.

Perlawanan timbal balik membabitkan aksi di Wanda Metropolitano gelanggang Atletico, di mana barisan pemain Jurgen Klopp menjulang trofi berkenaan pada Jun, dan satu lagi di Anfield antara salah satu yang menjadi tumpuan dalam perlawanan pembukaan peringkat kalah mati.

Satu lagi pertembungan membabitkan Real Madrid menentang penyandang juara Liga Perdana Inggeris, Manchester City, dalam usaha memenangi takhta Eropah buat pertama kali.

Paris Saint-Germain yang diketuai Neymar, yang gagal di peringkat 16 terakhir dalam tiga musim lalu, diundi berdepan Borussia Dortmund sementara barisan muda Chelsea, Frank Lampard berdepan jaguh Eropah Bayern Munich.

Finalis yang tewas musim lalu Tottenham, yang kini dibimbing Jose Mourinho, harus menewaskan wakil Jerman, Leipzig untuk mara ke peringkat suku akhir dan Juventus diketuai Cristiano Ronaldo berdepan satu lagi wakil Perancis, Lyon.

Barcelona akan berdepan Napoli dan pasukan layak dengan kejutan wakil Itali, Atalanta diundi berdepan Valencia.

Aksi perlawanan pertama akan berlangsung pada 18, 19, 25, 26 Februari manakala perlawanan timbal balik pada Mac depan.

Disiarkan pada: December 16, 2019 @ 6:44pm
d