arena

Cabaran sukar 2020 menanti The Fighters

Oleh Asrol Awang

PEMAIN berpengalaman, Jasazrin Jamaluddin mengakui dia dan rakan sepasukan bakal berdepan cabaran getir bersama FELDA United FC bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Pemain tengah itu berkata, keputusan The Fighters mempertaruhkan pemain muda meletakkan situasi yang memerlukan komitmen dan displin tinggi daripada semua pemain.

"Sudah pasti kami bakal berdepan cabaran besar terutama di kalangan pemain muda yang akan bersaing dengan pemain yang jauh lebih berpengalaman terutama dalam saingan Liga Super.

"Namun, dengan bimbingan dan sokongan daripada pengurusan, tiada yang mustahil untuk memastikan The Fighters mencatat keputusan terbaik.

"Fokus utama ialah mempertingkatkan kualiti permainan dan bersedia menempuh perlawanan getir kerana jika dilihat kepada pasukan lain, mereka dibarisi pemain berkaliber dan lebih berpengalaman," katanya.

Mengulas hanya dia dan Khairul Amri Kamal dari Singapura iaitu pemain senior yang bersama FELDA United musim depan, Jasazrin percaya barisan pemain muda yang terpilih mampu memikul tanggungungjawab yang diamanahkan.

Disiarkan pada: December 17, 2019 @ 3:22pm
d