arena

Hadiah terbaik bersama Kedah : Shahril

Oleh Izzali Ismail

PENJAGA gol Kedah, Shahril Saari menganggap tawaran yang diperolehi untuk bersama skuad Lang Merah musim depan hadiah terbaik dalam kariernya dalam Liga Malaysia sejak 2009.

Bekas penjaga gawang PKNS FC dan PDRM FA itu mengakui sangat bersyukur dengan peluang meningkatkan keupayaan diberikan Kedah yang disifatkan hadir tepat pada masanya dalam usaha beliau mahu meningkatkan prestasi untuk musim depan.

"Apabila mendapat tawaran bersama Kedah untuk musim depan, saya anggap peluang itu satu hadiah buat diri saya.

“Ia hadir tepat setelah beberapa cabaran yang telah saya lalui di Perlis sebelum ini dan kemudian membantu skuad PDRM FA ke Liga Super musim 2020 pada musim ini.

"Dengan pengalaman ini, saya mahu mencuba sehabis baik untuk pasukan Kedah musim depan jika diberi kepercayaan dan peluang untuk beraksi.

"Kita tahu Kedah pasukan tumpuan dalam saingan Liga Malaysia dibimbing oleh Aidil Sharin Sahak membuatkan saya perlu bersedia dalam misi untuk membentuk skuad terbaik musim depan”.

Disiarkan pada: December 17, 2019 @ 4:51pm
d