arena

Kane ambil peluang timba ilmu berlainan pengurus

Oleh AFP

HARRY Kane berkata dia mengakui selesa belajar dengan bos baru Tottenham, Jose Mourinho namun pada masa sama dia mengagumi usaha pengendali terdahulu Mauricio Pochettino.

Spurs mencetak kemenangan keempat dalam lima perlawanan Liga Perdana di bawah kendalian Mourinho di Wolves pada Ahad selepas memecat Pochettino bulan lalu.

Kane berkata kedua-dua pengurus berkenaan berkerja dengan cara berbeza tetapi kapten England berharap mendapat kelebihan di bawah kendalian bekas bos Chelsea dan Manchester United itu.

“Saya dapat menyesuaikan diri dengan Poch dan saya menghormati Poch sangat-sangat,” kata Kane selepas gol lewat kemenangan Jan Vertonghen di Molineux pada Ahad.

“Tapi Mourinho mempunyai caranya tersendiri, pendekatannya dalam melakukan perkara. Pada saya, ia adalah mengenai pembelajaran cara itu.

“Sememangnya kemuncak peringkat kerjaya saya hanya bersama seorang pengurus, jadi bagi saya ia bagus untuk pengalaman perkara baru selain lihat bagaimana perbezaan pengurus bekerja.

“Mourinho adalah salah seorang pengurus peringkat tinggi dalam sukan kita, jadi saya dapat belajar daripadanya.”

Disiarkan pada: December 18, 2019 @ 12:30am
d