arena

Dortmund bodoh sia-siakan peluang

Oleh AFP

JARINGAN Patrik Schick membantu RB Leipzig seri 3-3 dengan pencabar kejuaraan Borussia Dortmund awal pagi tadi yang membolehkan mereka melonjak tiga mata di puncak carta Bundesliga Jerman.

Timo Werner turut meledak dua gol ketika Leipzig bangkit daripada dua kali ketinggalan pada babak kedua pertembungan sengit dalam hujan lebat di Signal Iduna Park.

Keputusan seri itu bermakna pasukan tangga ketiga Dortmund terlepas peluang untuk merampas tangga kedua daripada Borussia Moenchengladbach, yang boleh menyertai Leipzig dengan 34 mata jika menang ke atas pasukan tercorot Paderborn, awal pagi esok.

“Perlawanan ini lebih terbuka selepas rehat dan kami bermain dengan lebih bersemangat serta penuh perasaan,” kata jurulatih Leipzig, Julian Nagelsmann.

“Pada masa akan datang, kami perlu memastikan bermain sebegitu sejak mula pada perlawanan besar sebegini.

“Ia mata yang bertuah buat kami. Dortmund mungkin boleh mengalahkan kami, tapi mereka tidak melakukannya.”

Disiarkan pada: December 18, 2019 @ 10:01am
d