arena

City, United kembali 'berperang'

Oleh Reuters

MANCHESTER City berada di landasan tepat untuk menjulang Piala Liga buat kali ketiga berturut-turut selepas menundukkan pasukan divisyen ketiga Oxford United 3-1 awal pagi tadi dan akan berdepan Manchester United dalam aksi separuh akhir.

Skuad Pep Guardiola berdepan ujian getir ketika beraksi dalam cuaca lembap dan berangin di Stadium Kassam yang tenggelam dengan sorakan penyokong tuan rumah namun dua jaringan Raheem Sterling membawa mereke ke peringkat seterusnya.

United buntu memburu jaringan sepanjang tempoh 51 minit di Old Trafford apabila dikekang kelab divisyen keempat Colchester United tetapi penyerang England Marcus Rashford memecah kebuntuan dan jaringan Ryan Jackson ke gawang sendiri dan satu lagi menerusi Anthony Martial memberikan kemenangan 3-0 buat tuan rumah.

Mengenai aksi timbal balik separuh akhir pada Januari, pengendali United Ole Gunnar Solskjaer berkata: “Hari yang menakjubkan di Manchester. Anda sentiasa mahu menjulang trofi dan dengan undian ini, menjanjikan perlawanan yang menarik selepas ini.”

Leicester City mensia-siakan kelebihan dua gol untuk seri 2-2 dengan Everton tetapi mara ke separuh akhir selepas Jamie Vardy menjadi wira pada penentuan penalti.

“Kami bergelut pada separuh masa kedua. Ketika kedudukan 2-1, mereka melakukan sepakan jauh dengan balingan bola, sepakan sudut dan kami berdepan masalah tetapi semuanya OK, kami tahu sebelum datang ke sini,” kata Guardiola.

“Kami bermain menentang pasukan utama jadi tahniah kepada pasukan, pemain muda dan atas kemenangan ini.”

Disiarkan pada: December 19, 2019 @ 9:36am
d