arena

Megumi senjata terkini The Fighters

Oleh Asrol Awang

PENYERANG Jepun, Ryutaro Megumi menjadi pemain import terbaru Felda United FC bagi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Megumi yang beraksi bersama kelab Singapura, Tampines Rovers musim 2017-2019 menjadi nadi utama dengan mengetuai jentera serangan kelab itu.

Menurut laman rasmi Facebook Felda United FC, pada masa sama, Megumi adalah rakan sepasukan, Khairul Amri Kamal ketika bermain di Tampines Rovers selama tiga musim.

Sudah pasti gandingan dua penyerang import itu diyakini mampu mempertajamkan lagi jentera hadapan skuad kendalian Mohd Nidzam Jamil itu.

Sebelum menyertai Tampines Rovers, Megumi, 26, pernah menyarung jersi Tsukuba FC dari Jepun pada 2016 dan Aoyama Gakuin University (2012-2015).

Dengan pengumuman itu, The Fighters kini memiliki empat import iaitu Megumi, Khairul Amri (Singapura), Nicholas Velez (Argentina) dan Nikola Raspopovic (Serbia).

Musim ini, Felda United turut mendapatkan dua pemain Jepun iaitu Kei Ikeda dan Masaki Watanabe tetapi kontrak mereka tidak disambung.

Begitu juga nasib dua import Brazil, Thiago Aquino dan Jocinei Schad.

Disiarkan pada: December 19, 2019 @ 7:02pm
d