arena

Scott dahului PGA Australia

Oleh Reuters

WIRA tempatan Adam Scott beraksi tenang melakukan tiga pukulan di bawah par 69 untuk mendahului satu pukulan pada Kejuaraan PGA Australia selepas berakhir tiga pusingan, hari ini.

Pencapaian itu sekali gus meningkatkan peluangnya untuk meraih gelaran kedua pada saingan menawarkan hadiah AUD1.5 juta (RM4.2j) di lapangan Gold Coast.

Bekas pemain nombor satu dunia itu mengatasi permulaan perlahan dan melakukan bogey pada lubang kelima sebelum mencatat empat birdie pada lubang kesembilan.

Dia mencatat 10 di bawah par dengan jumlah keseluruhan 206 untuk berada satu pukulan di depan rakan senegara, Wade Ormsby di Royal Pines Resort.

Pemain Australia Nick Flanagan melonjak dalam saingan untuk mencipta rekod lapangan 63 tetapi ketinggalan satu pukulan di belakang Ormsby menyaksikan empat pemain terikat pada kedudukan ketiga.

Flanagan mencatat 72 dan 73 pada saingan awal tetapi beraksi dengan baik pada saingan hari ini apabila empat daripada sembilan birdie dilakukan hadir daripada empat lubang pertama.

“Yeah, ia seperti satu keadaan keluar dari kekecewaan,” kata pemain berusia 35 tahun itu kepada media.

“Saya berada dalam keadaan terbaik untuk esok dan berharap kami akan berada di sana bermain golf yang sama.”

Harapan juara dua kali Cameron Smith melengkapkan hatrik pada acara anjuran bersama Jelajah Eropah agak malap apabila sekadar melakukan par 72.

Smith akan memulakan saingan esok ketinggalan lima pukulan di belakang Scott.

Disiarkan pada: December 21, 2019 @ 6:29pm
d