arena

Golf Amal kumpul dana PFAM

PERSATUAN Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) masih berusaha mengumpul dana bagi mengisi tabung kebajikan pemain persatuan itu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Izham Ismail berkata dana berkenaan dikumpul menerusi program amal yang dilaksanakan PFAM termasuk yang terbaharu Kejohanan Golf Amal PFAM 2019 yang berlangsung di Impian Golf & Country Club, Kajang, hari ini.

Katanya, PFAM juga akan merangka beberapa lagi program selepas ini untuk mengumpul dana bagi membantu pemain yang berada dalam kesusahan.

“Kita harap program seperti ini mendapat sokongan daripada semua pihak untuk membantu pemain yang menghadapi kesulitan seperti masalah kesihatan

“Bagi program hari ini, 60 hingga 70 peserta menyertai kejohanan golf amal ini dan kita harap tahun berikutnya jumlah peserta akan bertambah,” katanya.

Menurut Izham, pihaknya sangat bertuah kerana mendapat sokongan daripada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari yang juga penaung program serta barisan penaja dalam menjayakan pertandingan itu.

Disiarkan pada: December 22, 2019 @ 10:55pm
d