arena

Mahrez, Mane, Salah calon Pemain Terbaik Afrika

Oleh Reuters

GANDINGAN Liverpool, Sadio Mane dan Mohamed Salah, serta Riyad Mahrez dari Manchester City, dinamakan antara tiga calon bagi Anugerah Pemain Bola Sepak Terbaik Afrika tahun ini, yang dijangka diputuskan bulan depan.

Bintang Senegal, Mane menjadi calon pilihan bagi anugerah itu mengatasi rakan sepasukan daripada Mesir selepas Liverpool memenangi Liga Juara-Juara.

Bagaimanapun dia berdepan cabaran sengit daripada Mahrez, yang memenangi Liga Perdana Inggeris bersama City dan turut mengetuai Algeria pada menjulang Piala Negara Afrika pertengahan tahun ini.

Pencalonan dinamakan hari ini selepas dipilih oleh panel yang terdiri daripada pakar teknikal Konfederasi Bolasepak Afrika termasuk bekas pemain dan wakil media.

Jurulatih dan kapten daripada 54 pasukan kebangsaan Afrika akan mengundi untuk menentukan pemenang, yang akan diumumkan pada 7 Januari dalam satu majlis di Hurgada, Mesir.

Salah dinobatkan Pemain Bola Sepak Afrika Terbaik dua tahun lalu semantara Mahrez adalah pemenang pada 2016. Sane pemenang ketiga pada 2016 dan kedua di belakang Salah pada dua tahun lalu.

Disiarkan pada: December 22, 2019 @ 11:40pm
d