arena

Atalanta belasah AC Milan

Oleh Reuters

ALEJANDRO Gomez meledak gol individu menarik dan Josip Ilicic menjaringkan dua gol pada babak kedua ketika Atalanta menewaskan pasukan yang semakin malap AC Milan, 5-0 hari ini, meletakkan lawan mengalami kekalahan terbesar dalam Serie A Itali.

Bekas pemain Milan, Mario Pasalic menambah duka lawan dengan turut meledak gol. Ia kali keempat Milan tewas dalam perlawanan Serie A dengan margin lima gol dan yang pertama sejak 1998.

Gomez menjaringkan gol pembukaan pada 10 minit pertama permainan, mengatasi pemain pertahanan Andrea Conti sebelum merembat dengan kaki kanan melepasi jangkauan Gianluigi Donnarumm.

Pasalic, yang merembat melintasi palang sebelum separuh masa, menyempurnakan hantar pendek Robin Gonsens ke jaring gol pada minit ke-61, kemudian Ilicic menjaringkan dua gol dalam masa sembilan minit untuk memalukan Milan ketika barisan pertahanan dilihat semakin goyah.

Peluang menjaringkan gol berjaya diperoleh ketika Luis Muriel melakukan larian melepasi pertahanan Milan, memperdaya Donnarumma ketika penjaga gol itu meninggalkan gawang dan membolehkannya menjaringkan gol kelima.

Milan berada di kedudukan ke 10 dalam carta dengan 21 mata manakala Atalanta melonjak di tempat kelima dengan 31 mata.

Disiarkan pada: December 22, 2019 @ 11:45pm
d