arena

Watford kejutkan United

Oleh AFP

WATFORD memenangi perlawanan Liga Perdana Inggeris hanya buat kali kedua musim ini ketika kelab di tangga tercorot liga itu menewaskan Manchester United, 2-0 dalam keputusan mengejutkan di Vicarage Road, malam ini.

Watford mendahului pada minit ke-50 apabila penjaga gol United, David de Gea seperti membenarkan cubaan lemah daripada Ismaila Sarr selepas cubaan menepis bola dengan tangan melepasi jangkauan dan menerjah gawang gol.

Dan empat minit kemudian Watford, yang kekal di kedudukan terbawah, menggandakan jaringan untuk mendahului apabila Troy Deeney menyempurnakan penalti selepas Sarr dijatuhkan di dalam kotak penalti oleh Aaron Wan-Bissaka.

Disiarkan pada: December 23, 2019 @ 12:12am
d