arena

Debaran Salah, Mane, Mahrez

Oleh AFP

MOHAMED Salah akan berdepan saingan daripada rakan sepasukan Liverpool Sadio Mane jika mahu menjulang anugrah Pemain Terbaik Tahunan Afrika untuk kali ketiga berturut-turut.

Konfederasi Bolasepak Afrika (CAF) menerusi Twitter mengumumkan bahawa pemain Mesir Salah, Mane dari Senegal dan penyerang Manchester City dari Algeria Riyad Mahrez berada dalam senarai pendek anugerah itu.

Salah menjulang anugerah pemain terbaik benua itu pada 2017 dan 2018 manakala Mahrez menerimanya pada 2016.

Salah dan Mane membantu Liverpool menjulang Liga Juara-Juara, Liga Super Eropah dan Piala Dunia Kelab tahun ini.

Mahrez sementara itu membantu City yang berjaya mempertahankan gelaran Liga Perdana Inggeris.

Dia juga menjadi nadi utama skuad Algeria yang menjuarai kejohanan Piala Negara Afrika.

Pemenang Pemain Terbaik Tahunan Afrika akan diumumkan di Mesir, 7 Januari ini.

Disiarkan pada: December 23, 2019 @ 9:42am
d