arena

Hadwin, Van Rooyen layak Masters 2020

Oleh Reuters

PEMAIN golf Kanada Adam Hadwin dan Erik van Rooyen dari Afrika Selatan berjaya menempatkan diri mereka dalam kejohanan Masters tahun depan selepas menamatkan saingan tahun ini dalam kelompok 50 teratas ranking dunia.

Tanpa kejohanan rasmi pada 2019 selepas Kejuaraan PGA Australia dan Masters Thailand berakhir semalam, Hadwin and Van Rooyen menamatkan tahun ini di ranking ke-49 dan 50 dunia.

Mereka adalah antara 12 pemain yang tidak perlu melalui pra kelayakan yang menamatkan musim ini dalam kelompok 50 teratas dan kini boleh merancang untuk ke Augusta untuk kejohanan utama pertama tahun ini dari 9 hingga 12 April.

Hadwin pernah beraksi dalam kejohanan Masters sebanyak dua kali, berjaya menyertainya pada 2017 dan 2018 manakala Van Rooyen yang berkongsi tangga kelapan dalam Kejohanan PGA tahun lalu tampil dalam kejohanan sulungnya.

Kedua-duanya bagaimanapun tidak beraksi minggu lalu.

Pemain ranking ke-40 dunia Jazz Janewattananond turut membuat penampilan pertama biarpun secara perkiraannya dia sudah mengesahkan tempat sebelum menjuarai Masters Thailand.

Disiarkan pada: December 23, 2019 @ 12:10pm
d