arena

Espanyol pecat Machin

Oleh Reuters

ESPANYOL memecat jurulatihnya, Pablo Machin hari ini selepas tewas 0-2 kepada lawan kelompok penyingkiran sekali gus memastikan mereka berada di kedudukan tercorot La Liga Sepanyol.

Barisan kendalian Machin dengan mudah dikalahkan di Butarque pada Ahad untuk meninggalkan mereka lima mata daripada kedudukan selamat.

“Laporan Espanyol menyatakan Pablo Machin berada lega selepas dilepaskan daripada memegang tanggungjawab sebagai jurulatih pasukan utama lelaki,” kata Espanyol dalam satu kenyataan.

“Kelab mengambil keputusan ini selepas menilai prestasi pasukan dan dengan jelas untuk melakukan perubahan untuk kembali bersaing dalam La Liga.”

Espanyol memecat jurulatih David Gallego pada Oktober dan menggantikannya dengan Machin, yang hanya bersama kelab itu untuk 10 perlawanan liga.

Begitupun, dia membantu pasukan Espanyol melangkah pusingan daripada 32 Liga Europa, Machin hanya berjaya memenangi satu perlawanan dalam liga utama Sepanyol, dan berdepan tujuh kekalahan.

Disiarkan pada: December 23, 2019 @ 7:25pm
d