arena

'Bukan misi mustahil'

Oleh Reuters

PENGENDALI baru Everton Carlo Ancelotti memberitahu bahawa membawa kelab Merseyside itu bertanding dalam Liga Juara-Juara adalah matlamat jangka panjangnya, satu projek yang sama seperti kejayaan di Paris Saint Germain lapan tahun lalu.

Ancelotti, salah seorang jurulatih paling berjaya di Eropah, meninggalkan Napoli bulan lalu dan menggantikan Marco Silva yang dipecat Everton selepas tewas 2-5 kepada Liverpool dalam aksi Liga Perdana Inggeris.

Pengendali berusia 60 tahun itu menjulang trofi ketika berada di AC Milan, Chelsea, PSG, Real Madrid dan Bayern Munich.

Namun beliau berdepan cabaran berbeza dengan memberikan nafas baru kepada Everton yang ketika ini berada di tangga ke-15 dan perlu berada dalam kelompok empat teratas jika mahu bertanding dalam kejohanan peringkat Eropah.

“Liga Juara-Juara adalah matlamat jangka panjang. Tiada yang mustahil,” kata Ancelotti.

“Memang benar saya mengendalikan kelab ternama. Di PSG, projeknya cemerlang. Saya fikir ia sama saja di sini.”

Ancelotii membimbing PSG menjulang gelaran liga pertama dalam tempoh 19 tahun pada musim 2012-13 dan mara ke suku akhir Liga Juara-Juara.

Perlawanan pertama kendalian Ancelotti di Everton adalah menentang Burnley Khamis ini.

Disiarkan pada: December 24, 2019 @ 11:17am
d