arena

Bianca batal hasrat ke Auckland

Oleh Reuters

PENGANJUR kejohanan Klasik Auckland berdepan tamparan hebat dalam persiapan kejohanan mereka apabila juara Terbuka Amerika Syarikat Bianca Andreescu menarik diri akibat kecederaan lutut.

Pemain remaja Kanada itu berada di ranking teratas untuk kejohanan yang dijadualkan pada 6 hingga 12 Januari ini, sebagai persediaan pemain untuk ke Terbuka Australia.

“Pihak penganjur diberitahu bahawa Bianca Andreescu terpaksa menarik diri daripada kejohanan akan datang susulan kecederaan lutut yang berterusan,” menurut satu kenyataan dikeluarkan penganjur terbabit.

“Kami kecewa kerana tidak dapat menyambut kepulangan Bianca dan mendoakannya supaya cepat sembuh.”

Bianca mara menerusi kelayakan di Auckland awal tahun ini sebelum tewas kepada pemain Jerman Julia Goerges pada kejohanan yang digunakannya sebagai batu loncatan untuk berjaya pada 2019.

Dia menjuarai Jelajah WTA sulung di Indian Wells sebelum menewaskan Serena Williams pada perlawanan akhir di Toronto dan sekali lagi di Flushig Meadows untuk menjulang Grand Slam pertamanya.

Kejohanan di Auckland itu membariskan pemain ternama seperti Bianca, Serena, bekas juara Terbuka Australia Caroline Wozniacki dan juara Terbuka Perancis 2017 Jelena Ostapenko.

Turut mengesahkan penyertaan adalah Svetlana Kuznetsova serta Amanda Anisimova dan Coco Gauff.

Disiarkan pada: December 24, 2019 @ 12:57pm
d