arena

Liverpool waspada ancaman Leicester - Klopp

Oleh Reuters

LIVERPOOL yang baharu dimahkotakan juara Piala Dunia Kelab kembali ke ujian utama - mengejar kejuaraan pertama liga dalam 30 tahun - apabila berdepan pencabar terdekat, Leicester City pada awal pagi Jumaat ini.

Pertembungan Hari Boxing membabitkan dua pasukan teratas di Stadium King Power Leicester, menjadi program utama pada musim perayaan dan walaupun kekalahan Leicester 1-3 ke atas Manchester City pada Sabtu, Bos Liverpool Juergen Klopp sedar bahaya yang menanti barisan pasukannya.

Pengurus Leicester Brendan Rodgers, yang digantikan dengan Klopp di Anfield, membentuk pasukan yang memenangi banyak perlawanan seperti City di bawah kendalian Pep Guardiola iaitu 12 daripada 18. Mereka hanya tewas tiga kali dan menerusi Jamie Vardy mereka berada dalam senarai penjaring terbanyak liga dengan 17 gol.

“Kami akan cuba (menghalang Vardy). Dia penyerang hebat dan luar biasa. Salah seorang daripada tiga terbaik sejak saya berada di England.” kata Klopp.

“Dia menyukarkan barisan pertahanan, sentiasa berada di posisi yang tepat ... bermain di garisan ofsaid, sangat merbahaya. Hanya satu perkara yang kamu boleh lakukan adalah menghalang hantaran kepadanya dan itu adalah yang akan kami cuba.

“Namun Leicester bukan hanya mengenai Jamie Vardy. Brendan melakukan tugas cemerlang di sana dan mereka pasukan yang berkualiti tinggi. Kualiti yang ada pada mereka cukup luar biasa,” tambah warga Jerman itu.

Disiarkan pada: December 24, 2019 @ 9:52pm
d