arena

Empat pemain cilik berpeluang berlatih di Jepun

Oleh Syazwan Msar

PEMAIN muda negara berpeluang menimba pengalaman di negara matahari terbit apabila kelab bola sepak Jepun, Fagiano Okayama berhasrat membawa empat bintang muda Malaysia untuk bersama kelab terbabit pada masa akan datang.

Pemilihan empat pemain bawah 12 tahun itu berdasarkan program Klinik Bolasepak Akar Umbi Fagiano Okayama yang diadakan di empat lokasi berbeza iaitu Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang, Stadium Sultan Muhammad Ke IV di Kota Bharu, Kelantan, Majls Sukan Negara dan Stadium Hang Tuah, Melaka.

Pengarah Urusan Yakult Malaysia, Hiroshi Hamada yang juga merupakan penganjur bersama program ini melihat sambutan di terima oleh orang ramai sangat menggalakkan.

Malah, beliau turut berpuas hati melihat bakat muda negara yang berpotensi untuk dikembangkan ke peringkat lebih tinggi. “Sambutan yang di terima cukup menggalakkan di mana lebih dari 3,400 pemain muda dari seluruh negara mendaftarkan bagi menyertai program ini.

“Cuma kami hanya mengambil seramai 200 orang di setiap lokasi. Mungkin tahun depan jumlah ini akan kami tingkatkan. “Pemain muda negara dilihat berbakat besar. Perkara ini diakui juga oleh jurulatih dari kelab Fagiano Okayama yang menjalankan program ini di mana mereka melihat bakat yang menarik dipamerkan di setiap lokasi,” katanya serta memberi tahu akan menaja empat pemain bertuah yang akan umumkan kelak.

Disiarkan pada: December 25, 2019 @ 12:40pm
d