arena

Saarvindran sah milik TFC

Oleh Malik Muhamad

MENJELANG saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan, Terengganu FC (TFC) kian bernafsu apabila mengikat bekas pemain sayap Johor Darul Ta’zim II (JDT ll), D Saarvindran.

Berita menggembirakan penyokong setia skuad Penyu itu disahkan menerusi satu kenyataan media rasmi Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) hari ini sebaik selesai majlis menandatangani kontrak pemain berkenaan.

Menurut kenyataan itu, pemain kelahiran Klang, Selangor yang sebelum ini pernah mewakili pasukan Harimau Muda A, Pahang dan terakhir menyertai JDT ll sah menjadi milik TFC musim depan.

"D Saarvindran mengikat kontrak selama setahun dengan TFC. Kehadirannya diharap dapat memantapkan lagi skuad Penyu dalam mengharungi saingan Liga M musim 2020," katanya.

Saavindran, 27, sudah menjalani latihan hampir dua minggu bersama skuad TFC bagi menilai tahap kecergasan dan prestasi semasa pemain itu.

Pemain berkenaan dijangka menjadi pilihan pengendali TFC kerana larian pantasnya selain bijak mengumpan bola terutama dari posisi sayap.

Saarvindran adalah pemain ketujuh dibawa masuk TFC selepas Nasir Basharuddin, Arif Fadzillah Abu Bakar, Mohd Faiz Nasir, Faris Ramli, Dominique Da Sylva dan Babacar Diallo.

Sementara itu ketua jurulatih TFC, Nafuzi Zain menyatakan khidmat pemain itu ditagih bagi memantapkan pasukan selain memberi lebih banyak pilihan pemain terutama pada bahagian sayap.

"Kita mengambil keputusan untuk mendapatkan khidmat pemain itu selepas membuat penelitian selama dua minggu iaitu ketika dia menjalani latihan bersama pasukan TFC.

Disiarkan pada: December 26, 2019 @ 6:07pm
d