arena

Solskjaer mahu aksi konsisten

Oleh AFP

OLE Gunnar Solskjaer mahu Manchester United menunjukkan aksi konsisten selepas Anthony Martial meledak dua gol dan rembat Mason Greenwood memastikan kemenangan 4-1 ke atas Newcastle, pagi ini.

Barisan kendalian Solskjaer mencatat kekalahan memalukan 0-2 ke atas pasukan tercorot Watford minggu lalu untuk menjawab kemampuan pengurus United itu untuk memberi inspirasi kepada pemainnya.

Apabila Matty Longstaff meletakkan Newcastle di depan pada babak pertama, kritikan terhadap Solskjaer menjadi sasaran lagi.

Namun Martial menjadi penyelamat kepada Solskjaer menerusi gol penyamaan dan rembatan kencang Greenwood meletakkan United di depan sebelum Marcus Rashford memastikan kedudukan selesa pada separuh masa pertama.

Martial meledak gol sekali lagi selepas waktu rehat untuk menamatkan rekod dua perlawanan berturut-turut tanpa kemenangan dalam Liga Perdana dan melonjak ke tangga ke tujuh, hanya empat mata di belakang pasukan di tempat keempat Chelsea dalam pemburuan tempat untuk layak ke Liga Juara-Juara.

“Pemain bangkit semula dengan begitu baik sekali. Jadi mari lihat bagaimana mereka menyesuaikan diri dengan kejayaan ini dan berdepan perlawanan dalam 48 jam menentang Burnley di gelanggang lawan,” kata Solskjaer.

“Ia hari yang baik untuk kami, kami membuatkannya selesa. Sudah tentu kamu membuat kesilapan tapi kami mempunyai 10 hingga 15 minit untuk semuanya menjadi lebih baik.

“Ia adalah salah satu perkara yang paling besar hari ini, untuk diberi penekanan. Kami perlu memberi penekanan tinggi dengan lebih banyak percubaan dan lawan akan melakukan kesilapan.”

Disiarkan pada: December 27, 2019 @ 8:19am
d