arena

Saints malukan Chelsea

Oleh AFP

SELEPAS memperoleh suntikan moral pada Isnin dengan kejayaan menewaskan Tottenham, Chelsea sekali lagi bergelut apabila berdepan dengan barisan pertahanan liat di Southampton.

The Blues kini tewas kepada West Ham, Bournemouth dan the Saints dalam empat perlawanan terakhir di gelanggang sendiri.

"Kami ditanya dengan pelbagai persoalan di gelanggang sendiri. Buat masa ini kami tidak dapat memberi semua jawapan," kata Frank Lampard yang kecewa.

"Kami tidak dapat memanfaatkan peluang dalam sentuhan penyudah.

Keputusan bos Southampton, Ralph Hasenhuttl merehat pemain berpengaruh yang mempamerkan prestasi menurun Danny Ings berbaloi.

Selepas penggantinya Michael Obafemi menjaringkan hanya gol keduanya dalam Liga Perdana dengan penyudah tenang di penjuru atas gawang gol.

Pelawat mencatat dua kemenangan berturut-turut untuk melonjak ke tangga 14 apabila Nathan Redmond berjaya memperdayakan Kepa Arrizabalaga ketika 17 baki perlawanan hampir tamat.

Disiarkan pada: December 27, 2019 @ 10:28am
d