arena

Betis ikat Joaquin setahun lagi

Oleh Agensi

KAPTEN Real Betis, Joaquin yang berusia 38 tahun menandatangani kontrak baharu dengan kelab La Liga itu sehingga 2021.

Bekas pemain sayap Sepanyol, mula menyertai Betis pada usia 16 tahun, menjaringkan hatrik pertama kali dalam karier bulan ini ketika membantu pasukannya mencatat kemenangan 3-2 ke atas Athletic Bilbao.

Joaquin, yang pernah beraksi buat Valencia, Malaga dan Fiorentina sebelum menyertai semula Betis pada 2015, melakukan 535 penampilan dalam saingan liga utama di Sepanyol itu.

"Saya fikir saya berada di kemuncak prestasi," kata Joaquin, yang menjaringkan enam gol musim ini.

Bercakap mengenai papar video menunjukkan dia melayangkan badan di atas permukaan padang dengan aksi berpusing seperti helikopter di Stadium Benito Villamarin Betis, dia berkata : "Saya masih boleh meneruskannya buat seketika.

"Saya perlu berseronok dan membuatkan penyokong gembira. Saya berada di sini 23 tahun lalu dan saya akan berada di sini untuk setahun lagi.

"Betis memberi gelaran kepada Joaquin sebagai Ikon daripada berbeza generasi dan antara pemain bola sepak yang memainkan peranan penting dalam bola sepak Sepanyol sepanjang dua dekat lalu.

Disiarkan pada: December 27, 2019 @ 10:34am
d