arena

Ibrahimovic mungkin sertai semula Milan

Oleh Agensi

BEKAS penyerang Sweden dan Manchester United, Zlatan Ibrahimovic sedang mengadakan perbincangan untuk kembali ke AC Milan.

Difahamkan ada kelab lain yang berminat untuk mendapatkan khidmat pemain berusia 38 tahun itu yang juga ejen bebas selepas meninggalkan LA Galaxy di penghujung musim Liga Bolasepak Major (MLS).

Begitupun, keyakinan menebal di Itali bahawa penyerang itu akan menyertai semula Milan, di mana dia menghabiskan masa dua musim dari 2010, menjaringkan 42 gol dalam 61 penampilan liga.

Milan tanpa kejayaan trofi utama sejak kejuaraan Itali ke 18 pada 2011.

Juara tujuh kali Eropah bergelut dengan musim pelik, berada di kedudukan ke 11 dalam Serie A, dengan 21 mata dalam 17 perlawanan.

Mereka memecat jurulatih Marco Giampaolo pada Oktober tapi keputusan tidak meningkat di bawah penggantinya Stefano Pioli dan mereka tewas perlawanan terakhir 0-5 di Atlanta pada 22 Disember iaitu kekalahan terbesar dalam tempoh 21 tahun.

Disiarkan pada: December 27, 2019 @ 3:16pm
d